Monday, March 22, 2010

22 Mar - Menangis



  1. Menangis
  2. Nak kena pujuk

Sunday, March 21, 2010

21 Mar - Perjalanan pulang ke Taiping

7:47pagi - sejukkk.. b0nda dengan anakanda masih duk lena diulit mimpi lagi.. ayahanda gak bangkit awai..

9:40pagi -Tengok ler, Syahadah memang suka peluk Qaisara dan terus cium.. masa nih di apartment di Cameron..

11:18pagi - Chakkk!! dah bangkit dari lena.. reti dia ayahanda suruh tengok camera..

13:40ptg - Singgah tempat menjual bunga², time nih dah perjalanan turun dari Cameron Highland dah.. tapi sebelum kami singgah beli p0kok, strawberry, Teh uncang dan macam² lagi... bes pergi ramai²..



4:24ptg - Singgah berkelah di Green View Garden sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Changkat Jering, Taiping (Rumah Umi)..







Saturday, March 20, 2010

20 Mar - Jalan² ke Cameron

Main dengan Makde di rumah Umi Changkat Jering


Qaisara didukung oleh Makcik Ain di rumah pengantin


Dalam kereta sebelum nak bertolak ke Cameron Highland


Apartment yang kami sewa di Cameron Highland
RM200 untuk 1malam




Friday, March 19, 2010

19 Mar - Ke Changkat Jering, Taiping.

Dalam perjalanan pergi ke Changkat Jering..

Sepupu Qaisara (Syahadah) beri ciuman kasih sayang.

Saturday, March 13, 2010

13 Mar - Kawan Qaisara

Qaisara & Aleeya (Baby Kak Noni)



Friday, March 12, 2010

12 Mar - Chicken Rice Shop



Asik melekat jer..

Staff Chicken Rice Shop duk dukung anakanda..
satgi kengkawan kedai depan tu plak kerumun..


haaa teng0k.. abeh semua layan anakanda..


Hari ni ayahanda bawa anakanda Qaisara pi jenjalan kat Tesco Sg. Petani.. masa kami tengah duk makan nasi ayam datang seorang staff chicken rice sh0p nak dukung anakanda.. ayahanda kasi jer ler.. lagipun senang sket kami nak makan menu lazat tuh...

sempat juga ler ayahanda snap pic staff & rakan² kedai depan tuh kerumun anakanda..
depa ser0nok sangat dpt dukung Qaisara.. Staff kedai chicken tuh yg berbaju merah..
dia la teringin sangat nak dukung hinggakan kengkawan kedai depan tuh
p0n datang kerumun..


Wednesday, March 3, 2010

3 Mar - Pejam Celik



Tuesday, March 2, 2010

Info: Bengkak Payudara

Masalah Penyusuan Susu Ibu : Bengkak Payudara 

Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala...

* Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
* Bahagian areola kelihatan pejal.

Komplikasi/kesan sampingan...

* Kesukaran untuk bayi menyusu
* Kesukaran untuk mengeluarkan susu
* rasa sakit dan tidak selesa

Rawatan...

* Jangan hentikan penyusuan.
* Periksa adakah anda menggunakan teknik yang salah. Betulkan jika salah.
* Susukan bayi anda dengan kerap.
* Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
* Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
* Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Anda juga boleh mandi di pancuran air hangat sambil mengurut payudara anda terutamanya di bahagian yang terdapat ketulan keras.
* Berbaring mengiring untuk membantu susu mudah keluar.
* Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
* Segera berjumpa doktor jika disertai dengan rasa seperti hendak demam dan payudara kemerahan. Mungkin terdapat infeksi.

Pencegahan..

* Susukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
* Teknik penyusuan yang betul.
* Susukan bayi hingga payudara terasa 'kosong'
* Tidur mengiring lebih berkesan berbanding tidur menelentang.
* Elakkan coli yang terlalu ketat atau tidak sesuai.
* Rehat.


Info: Puting Melecet

Ouch! sakitnya! Baby nak tumbuh gigi, ibu jadi 'mangsa'! Sabar... ketahui apa yang anda boleh lakukan selain daripada mengelak dari terus memberikan bayi susu ibu....

Penyebabnya...

* Meletakkan bayi dalam posisi yang salah
* Teknik penyusuan yang tidak betul.
* Penjagaan puting yang tidak betul.
* Bayi menggigit
* Ekzema puting:
Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
* Seriawan:
Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Penyelesaiannya...

Jangan hentikan penyusuan.

* Susukan dengan payudara sebelah lagi dahulu dan setelah bayi kenyang baru alihkan ke payudara yang putingnya melecet supaya hisapan bayi tidak terlalu kuat dan mengakibatkan ia bertambah sakit/luka.
* Biar sekejap tapi kerap. Jangan beri bayi hisap terlalu lama pada puting yang sakit. 10 minit adalah memadai.
* Jika puting anda terlalu sakit, perah saja dulu susu di payudara tersebut sementara menunggu ia sembuh.
* Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Pastikan bayi memasukkan hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya.

Pastikan puting kering

* Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
* Elakkan memakai coli yang terlalu ketat. Jika boleh kerap 'anginkan' puting sehingga ia pulih.
* Tidak perlu gunakan losyen atau sabun untuk puting melecet. Biar udara mengeringkannya.
* Anda juga boleh menyapukan krim seperti bepanthen yang juga boleh digunakan untuk ruam lampin bayi.

Jumpa Doktor

* Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Pencegahan

* Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
* Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
* Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
* Tukar coli setiap kali mandi.
  * Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.