Tuesday, March 2, 2010

Info: Puting Melecet

Ouch! sakitnya! Baby nak tumbuh gigi, ibu jadi 'mangsa'! Sabar... ketahui apa yang anda boleh lakukan selain daripada mengelak dari terus memberikan bayi susu ibu....

Penyebabnya...

* Meletakkan bayi dalam posisi yang salah
* Teknik penyusuan yang tidak betul.
* Penjagaan puting yang tidak betul.
* Bayi menggigit
* Ekzema puting:
Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
* Seriawan:
Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Penyelesaiannya...

Jangan hentikan penyusuan.

* Susukan dengan payudara sebelah lagi dahulu dan setelah bayi kenyang baru alihkan ke payudara yang putingnya melecet supaya hisapan bayi tidak terlalu kuat dan mengakibatkan ia bertambah sakit/luka.
* Biar sekejap tapi kerap. Jangan beri bayi hisap terlalu lama pada puting yang sakit. 10 minit adalah memadai.
* Jika puting anda terlalu sakit, perah saja dulu susu di payudara tersebut sementara menunggu ia sembuh.
* Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Pastikan bayi memasukkan hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya.

Pastikan puting kering

* Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
* Elakkan memakai coli yang terlalu ketat. Jika boleh kerap 'anginkan' puting sehingga ia pulih.
* Tidak perlu gunakan losyen atau sabun untuk puting melecet. Biar udara mengeringkannya.
* Anda juga boleh menyapukan krim seperti bepanthen yang juga boleh digunakan untuk ruam lampin bayi.

Jumpa Doktor

* Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Pencegahan

* Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
* Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
* Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
* Tukar coli setiap kali mandi.
  * Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.

0 comments:

Post a Comment