Showing posts with label Panduan Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Panduan Ibu Mengandung. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Info: Bengkak Payudara

Masalah Penyusuan Susu Ibu : Bengkak Payudara 

Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala...

* Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
* Bahagian areola kelihatan pejal.

Komplikasi/kesan sampingan...

* Kesukaran untuk bayi menyusu
* Kesukaran untuk mengeluarkan susu
* rasa sakit dan tidak selesa

Rawatan...

* Jangan hentikan penyusuan.
* Periksa adakah anda menggunakan teknik yang salah. Betulkan jika salah.
* Susukan bayi anda dengan kerap.
* Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
* Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
* Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Anda juga boleh mandi di pancuran air hangat sambil mengurut payudara anda terutamanya di bahagian yang terdapat ketulan keras.
* Berbaring mengiring untuk membantu susu mudah keluar.
* Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
* Segera berjumpa doktor jika disertai dengan rasa seperti hendak demam dan payudara kemerahan. Mungkin terdapat infeksi.

Pencegahan..

* Susukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
* Teknik penyusuan yang betul.
* Susukan bayi hingga payudara terasa 'kosong'
* Tidur mengiring lebih berkesan berbanding tidur menelentang.
* Elakkan coli yang terlalu ketat atau tidak sesuai.
* Rehat.


Info: Puting Melecet

Ouch! sakitnya! Baby nak tumbuh gigi, ibu jadi 'mangsa'! Sabar... ketahui apa yang anda boleh lakukan selain daripada mengelak dari terus memberikan bayi susu ibu....

Penyebabnya...

* Meletakkan bayi dalam posisi yang salah
* Teknik penyusuan yang tidak betul.
* Penjagaan puting yang tidak betul.
* Bayi menggigit
* Ekzema puting:
Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
* Seriawan:
Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Penyelesaiannya...

Jangan hentikan penyusuan.

* Susukan dengan payudara sebelah lagi dahulu dan setelah bayi kenyang baru alihkan ke payudara yang putingnya melecet supaya hisapan bayi tidak terlalu kuat dan mengakibatkan ia bertambah sakit/luka.
* Biar sekejap tapi kerap. Jangan beri bayi hisap terlalu lama pada puting yang sakit. 10 minit adalah memadai.
* Jika puting anda terlalu sakit, perah saja dulu susu di payudara tersebut sementara menunggu ia sembuh.
* Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Pastikan bayi memasukkan hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya.

Pastikan puting kering

* Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
* Elakkan memakai coli yang terlalu ketat. Jika boleh kerap 'anginkan' puting sehingga ia pulih.
* Tidak perlu gunakan losyen atau sabun untuk puting melecet. Biar udara mengeringkannya.
* Anda juga boleh menyapukan krim seperti bepanthen yang juga boleh digunakan untuk ruam lampin bayi.

Jumpa Doktor

* Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Pencegahan

* Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
* Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
* Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
* Tukar coli setiap kali mandi.
  * Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.

Sunday, February 21, 2010

Info: Tidak Cukup Susu Badan

Kata orang, semua orang boleh menyusu badan. Hatta anak dara yang tidak pernah mengandung pun boleh menyusukan anaknya. Jadi tidak cukup susu tu, masalah yang boleh diatasi (dalam kebanyakan kes). Yang penting anda perlu tahu penyebabnya dan bagaimana untuk mengatasinya. 

Penyebab

Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan antaranya perkara-perkara berikut :





  • Tekanan boleh mempengaruhi susu badan

    * Ibu tidak membenarkan bayi menyusu sekerap mungkin dan mengikut kehendak bayi.
    * Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
    * Bayi tidak menghisap dengan kuat kerana mungkin diberikan puting tiruan.
    * Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
    * Ibu memberikan makanan lain atau susu botol terlalu awal.
    * Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
    * Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
    * Ibu mengalami tekanan emosi, penat, tidak cukup tidur.
    * Ibu mengalami penyakit thyroid, demam, kurang darah (anemia).
    * Ibu mengambil pil perancang yang tidak bersesuaian.
  • Penyelesaian

    Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :

    * Susukan bayi sekerap mungkin mengikut kehendak bayi.
    * Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
    * Pastikan bayi melekap dengan betul.
    * Elakkan memberi makan bayi terlalu banyak makananpelengkap.
    * Jika sudah mula memberi bayi susu formula, kurangkan kekerapannya, dan kerapkan memberi susu badan.
    * Jika memberi bayi puting tiruan, elakkan penggunaannya sedikit demi sedikit.
    * Pastikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
    * Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
    * Yakin pada diri sendiri. Anda boleh menyusukan anak anda.
    * Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
    * Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.
    * Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.

Monday, February 15, 2010

Info: Tanggapan Negatif Tentang Penyusuan

Ramai juga ibu yang memang berniat nak menyusukan anaknya. Tetapi ramai juga ibu yang tak mahu menyusukan anaknya. Pelbagai alasan diberi. Tak tahulah sama ada ianya memang benar atau untuk menyedapkan hati sendiri.










* Menyusu membuatkan buah dada jatuh
Tanggapan buah dada jatuh kerana menyusu badan adalah kurang tepat. Buah dada biasanya membesar semasa hamil dan tanpa sokongan yang baik ditambah dengan tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut, boleh menyebabkan buah dada jatuh dan layut.
Penyelesaian : Pilih coli yang sesuai untuk hamil dan menyusu bayi. Ibu juga hendaklah mengampu sedikit buah dadanya atau bayinya supaya bayi tidak menarik buah dada ke bawah semasa menyusu.

* Sukar untuk pergi kerja dan berjauhan dengan anak
Anda boleh memerah dan menyimpan susu anda untuk kegunaan anak semasa ketika berjauhan. Anda boleh Memerah Susu Menggunakan Tangan atau pam manual atau elektrik yang kini banyak di pasaran. Susu boleh disejukkan atau dibekukan.

* Badan mudah naik kerana makan banyak. Jika tidak susu yang diperah tidak mencukupi
Anda seharusnya makan makanan yang berkhasiat bukan makan ikut sedap. Minum air secukupnya. Ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori sebanyak 200 bukan 2000. :-) Serat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan banyak membantu.

* Anak-anak lain kurang mendapat layanan, kerja rumah terbengkalai kerana bayi kecil suka ‘bergayut’
Minta pertolongan suami. Latih anak yang sudah faham arahan menolong kerja rumah seperti menggosok baju mereka sendiri jika mereka kelapangan. Uruskan masa sebaiknya.

* Bayi susu formula tidur lebih nyenyak. Bayi susu ibu mudah lapar dan perlu kerap disusukan
Ini lah bagus kerana susu ibu mudah hadam. Untuk mengelakkan bayi kerap terjaga, susukan dia sekerapnya sebelum dia tidur. Tetapi jangan sehingga over eat pula. Nanti bayi tak selesa pula.

* Saya rasa tidak selesa dan puting buah dada juga terasa sakit ketika menyusukan bayi.
Mungkinteknik penyusuan anda salah. Baca artikel Pastikan Bayi Melekap Dengan Betul dan Posisi Menyusukan Bayi. Anda juga boleh mendapatkan nasihat Pakar Laktasi berdekatan anda.

* Ibu tidak boleh memakan ubat-ubatan dan juga produk herba seperti jamu
Sesetengah ubat dan herba memang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Cuba dapatkan alternatif lain untuk ubatan ini. Rujuk Penggunaan Ubat-ubatan Semasa Penyusuan Bayi

* Bayi selalu kembung atau mendapat ruam di muka dan badan jika menyusu badan

Kemungkinan bayi alah dengan apa yang dimakan oleh anda.

* Bapa tidak rapat dengan anak kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu sahaja

Bapa boleh membuat tugasan lain berkaitan bayi seperti membantu sendawakan bayi, menukar lampinnya, bermain bersama bayi dan banyak lagi yang boleh bapa buat untuk bayi. Rujuk Suami, Sokonglah Isterimu Dalam Penyusuan Susu Ibu.

* Susu ibu tidak cukup atau tiada
Rujuk topik
  • Tidak Cukup Susu Badan
  • Adakah Bayi Saya Mendapat Susu Secukupnya
  • Petua Membanyakkan Susu Ibu
  • Makanan Menambah atau Mengurangkan Susu Ibu

* Ibu menyusu adalah kolot dan ketinggalan zaman.
Sudah ramai ibu-ibu zaman moden sekarang menyusu kerana mendapat kesedaran daripada bacaan dan pergaulan. Surirumah, pendidik, peniaga, jurutera, pekerja industri, doktor, pakar kewangan dan ramai lagi. Sedang beralih kepada yang lebih asli.

* Susu ibu kurang berkhasiat berbanding susu formula mahal yang mengandungi pelbagai khasiat tambahan.
Susu formula setakat ini tidak dapat menandingi susu ibu. Puluhan tahun saintis mencuba, masih tidak berjaya. Kalaupun akan berjaya (mungkin ketika itu kucing dah bertanduk), bonding - pelukan erat ibu ketika menyusukan anaknya tidak dapat ditandingi.

Friday, February 12, 2010

Info: Teknik Penyusuan Bayi

Pastikan Bayi Melekap Dengan Betul

Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, anda perlu tahu teknik yang betul untuk menyusukan bayi anda. Pelekapan yang salah, mungkin boleh menyebabkan puting anda tercedera dan bayi juga mungkin tidak dapat menyusu dengan berkesan.

Posisi penyusuan susu ibu:
  • Pilih kedudukan yang membuatkan anda dan bayi selesa.
  • Antara posisi penyusuan yang boleh anda cuba.

Bagi memastikan bayi selesa:
  • Bayi tenang tidak menangis
  • Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
  • Perut bayi bertemu perut ibu.
  • Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
  • Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
  • Punggung bayi diampu.






















Tanda-tanda pelekapan yang berkesan:
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh buah dada.
  • Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
  • Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
  • Tekak bayi bergerak tanda menelan.
  • Ibu mungkin mendengar bayi menelan.

Elakkan...
  • 'Mengejar' bayi dengan payudara.
  • Memegang payudara dengan jari-jari membentuk seakan gunting.
  • Tidak menyokong payudara.
  • Menolak dagu bayi ke bawah untuk menyuruhnya membuka mulut.
  • Hidung bayi tersentuh dahulu kepada payudara bukannya dagu bayi.
  • Tidak menggerakkan bayi secepatnya apabila bayi membuka mulut.
  • Menolak payudaranya ke kiri dan kanan, ke atas dan bawah.

Thursday, February 11, 2010

Info: Teknik Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  1. Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  2. Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  3. Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 - 4 oz sahaja setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.

Sumber: Le Leche League

Info: Makanan Menambah atau Mengurangkan Susu Ibu

Makanan Menambah atau Mengurangkan Susu Ibu

Sesetengah makanan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu, sama ada menambah atau mengurangkannya. Jadi hati-hati apabila memilih makanan anda.

Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

* Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
* Kurma – makan begitu sahaja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam susu panas.
* Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
* Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
* Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
* Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
* Klorofil
* Chlorella
* Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
* Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
* Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.

Longan kering salah satu bahan dalam air laichikang


* Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
* Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
* Habbatus sauda atau jintan hitam.
* Barli – air atau bubur barli.
* Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
* Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
* Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
* Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
* Pucuk betik atau bunga betik jantan.
* Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
* Air horlicks
* Susu dan produk tenusu
* Teh hijau jepun
* Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
* Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
* Ubat homeopati.

Makanan yang perlu dielakkan

* Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano,

Parsli boleh mengeringkan susu ibu.


Spageti bolognese? Sekali-sekala ok.