Sunday, October 10, 2010

10 Oct - Sunroof Makku



Tuesday, September 21, 2010

21 Sep - Tengok Video Sendiri

Saturday, September 18, 2010

18 Sep - Netbook

Qaisara bersama netbook bonda

Dia sekarang ni dah pandai nak menimang netbook seperti apa yang dia nampak bonda dia buat.. Dia pon nak seperti itu juga.. Kalau dok sebelah bonda dia sambil melihat netbook sampai berapa jam pon x apa..

Monday, September 13, 2010

13 Sep - Bersama Pakyang (Adam Corrie)

Pakyang & Qaisara

Hari ni yang paling bertuah buat pakyang sebab qaisara mahu dengan pakyang.. memang sebelum² ni qaisara memang tidak mahu lansung dipegang oleh pakyang.. mungkin selepas ini pakyang akan mendapat cahaya mata juga lah hendaknya...

Saturday, September 4, 2010

4 Sep - Thermometer

Microlife - Ear Digital Thermometer

Senang nak periksa suhu badan Qaisara.. baru2 ni dia mengalami demam yang agak tinggi suhu badanya sehingga mencecah ke 39.5c..

Harga: RM170

Sunday, August 29, 2010

29 Aug - Merah putih E-Kereta

Bonda & Qaisara

Tema kelab kereta ayahanda EKC merah putih.. jadi kami dua beranak ni memakai pakaian yang berwarna sama.. waktu di Sg Buloh berbuka puasa di restoran steambot...

Sunday, August 15, 2010

15 Aug - PS3 controller



Dah pandai memegang controller ps3 ayahandanya pula.. jika dia tengok ayahandanya sedang bermain games ps3 pasti dia akan turut join bersama.. mata tu kalau melihat TV sambil melihat controller ps3 ditangan ayahandanya juga.. bermakna, dia sedang berfikir apa yang dia lihat diwaktu itu..

Wednesday, August 11, 2010

11 Aug - Haiii

Haii semua!!!

Friday, June 11, 2010

11 Jun - Perjalanan ke Kelantan




Wednesday, June 9, 2010

9 Jun - Saja²

Opah & Qaisara

Qaisara & Ummi (Mak long)

Aqil (Sepupu) & Qaisara

Hehe haii...

Thursday, June 3, 2010

3 Jun - Berjalan ke Penang

Atas Feri: Qaisara & Bonda

Dah pandai teringinkan makanan


Pipi labuh

Sunday, May 30, 2010

30 Mei - Jumpa Tokwan & Tok

Dan pandai bermain dengan mainan

Dah pandai meniarap

Tok, Qaisara & Tokwan

Thursday, May 27, 2010

27 Mei - Mandi dalam baldi

Aqil & Qaisara

Wednesday, May 19, 2010

19 Mei - McD City Plaza




Saturday, May 1, 2010

1 Mei - Pandang kamera

Monday, March 22, 2010

22 Mar - Menangis



  1. Menangis
  2. Nak kena pujuk

Sunday, March 21, 2010

21 Mar - Perjalanan pulang ke Taiping

7:47pagi - sejukkk.. b0nda dengan anakanda masih duk lena diulit mimpi lagi.. ayahanda gak bangkit awai..

9:40pagi -Tengok ler, Syahadah memang suka peluk Qaisara dan terus cium.. masa nih di apartment di Cameron..

11:18pagi - Chakkk!! dah bangkit dari lena.. reti dia ayahanda suruh tengok camera..

13:40ptg - Singgah tempat menjual bunga², time nih dah perjalanan turun dari Cameron Highland dah.. tapi sebelum kami singgah beli p0kok, strawberry, Teh uncang dan macam² lagi... bes pergi ramai²..



4:24ptg - Singgah berkelah di Green View Garden sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Changkat Jering, Taiping (Rumah Umi)..







Saturday, March 20, 2010

20 Mar - Jalan² ke Cameron

Main dengan Makde di rumah Umi Changkat Jering


Qaisara didukung oleh Makcik Ain di rumah pengantin


Dalam kereta sebelum nak bertolak ke Cameron Highland


Apartment yang kami sewa di Cameron Highland
RM200 untuk 1malam




Friday, March 19, 2010

19 Mar - Ke Changkat Jering, Taiping.

Dalam perjalanan pergi ke Changkat Jering..

Sepupu Qaisara (Syahadah) beri ciuman kasih sayang.

Saturday, March 13, 2010

13 Mar - Kawan Qaisara

Qaisara & Aleeya (Baby Kak Noni)



Friday, March 12, 2010

12 Mar - Chicken Rice Shop



Asik melekat jer..

Staff Chicken Rice Shop duk dukung anakanda..
satgi kengkawan kedai depan tu plak kerumun..


haaa teng0k.. abeh semua layan anakanda..


Hari ni ayahanda bawa anakanda Qaisara pi jenjalan kat Tesco Sg. Petani.. masa kami tengah duk makan nasi ayam datang seorang staff chicken rice sh0p nak dukung anakanda.. ayahanda kasi jer ler.. lagipun senang sket kami nak makan menu lazat tuh...

sempat juga ler ayahanda snap pic staff & rakan² kedai depan tuh kerumun anakanda..
depa ser0nok sangat dpt dukung Qaisara.. Staff kedai chicken tuh yg berbaju merah..
dia la teringin sangat nak dukung hinggakan kengkawan kedai depan tuh
p0n datang kerumun..


Wednesday, March 3, 2010

3 Mar - Pejam Celik



Tuesday, March 2, 2010

Info: Bengkak Payudara

Masalah Penyusuan Susu Ibu : Bengkak Payudara 

Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala...

* Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
* Bahagian areola kelihatan pejal.

Komplikasi/kesan sampingan...

* Kesukaran untuk bayi menyusu
* Kesukaran untuk mengeluarkan susu
* rasa sakit dan tidak selesa

Rawatan...

* Jangan hentikan penyusuan.
* Periksa adakah anda menggunakan teknik yang salah. Betulkan jika salah.
* Susukan bayi anda dengan kerap.
* Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
* Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
* Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Anda juga boleh mandi di pancuran air hangat sambil mengurut payudara anda terutamanya di bahagian yang terdapat ketulan keras.
* Berbaring mengiring untuk membantu susu mudah keluar.
* Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
* Segera berjumpa doktor jika disertai dengan rasa seperti hendak demam dan payudara kemerahan. Mungkin terdapat infeksi.

Pencegahan..

* Susukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
* Teknik penyusuan yang betul.
* Susukan bayi hingga payudara terasa 'kosong'
* Tidur mengiring lebih berkesan berbanding tidur menelentang.
* Elakkan coli yang terlalu ketat atau tidak sesuai.
* Rehat.


Info: Puting Melecet

Ouch! sakitnya! Baby nak tumbuh gigi, ibu jadi 'mangsa'! Sabar... ketahui apa yang anda boleh lakukan selain daripada mengelak dari terus memberikan bayi susu ibu....

Penyebabnya...

* Meletakkan bayi dalam posisi yang salah
* Teknik penyusuan yang tidak betul.
* Penjagaan puting yang tidak betul.
* Bayi menggigit
* Ekzema puting:
Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
* Seriawan:
Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Penyelesaiannya...

Jangan hentikan penyusuan.

* Susukan dengan payudara sebelah lagi dahulu dan setelah bayi kenyang baru alihkan ke payudara yang putingnya melecet supaya hisapan bayi tidak terlalu kuat dan mengakibatkan ia bertambah sakit/luka.
* Biar sekejap tapi kerap. Jangan beri bayi hisap terlalu lama pada puting yang sakit. 10 minit adalah memadai.
* Jika puting anda terlalu sakit, perah saja dulu susu di payudara tersebut sementara menunggu ia sembuh.
* Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Pastikan bayi memasukkan hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya.

Pastikan puting kering

* Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
* Elakkan memakai coli yang terlalu ketat. Jika boleh kerap 'anginkan' puting sehingga ia pulih.
* Tidak perlu gunakan losyen atau sabun untuk puting melecet. Biar udara mengeringkannya.
* Anda juga boleh menyapukan krim seperti bepanthen yang juga boleh digunakan untuk ruam lampin bayi.

Jumpa Doktor

* Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Pencegahan

* Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
* Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
* Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
* Tukar coli setiap kali mandi.
  * Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.

Sunday, February 21, 2010

Info: Tidak Cukup Susu Badan

Kata orang, semua orang boleh menyusu badan. Hatta anak dara yang tidak pernah mengandung pun boleh menyusukan anaknya. Jadi tidak cukup susu tu, masalah yang boleh diatasi (dalam kebanyakan kes). Yang penting anda perlu tahu penyebabnya dan bagaimana untuk mengatasinya. 

Penyebab

Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan antaranya perkara-perkara berikut :





  • Tekanan boleh mempengaruhi susu badan

    * Ibu tidak membenarkan bayi menyusu sekerap mungkin dan mengikut kehendak bayi.
    * Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
    * Bayi tidak menghisap dengan kuat kerana mungkin diberikan puting tiruan.
    * Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
    * Ibu memberikan makanan lain atau susu botol terlalu awal.
    * Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
    * Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
    * Ibu mengalami tekanan emosi, penat, tidak cukup tidur.
    * Ibu mengalami penyakit thyroid, demam, kurang darah (anemia).
    * Ibu mengambil pil perancang yang tidak bersesuaian.
  • Penyelesaian

    Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :

    * Susukan bayi sekerap mungkin mengikut kehendak bayi.
    * Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
    * Pastikan bayi melekap dengan betul.
    * Elakkan memberi makan bayi terlalu banyak makananpelengkap.
    * Jika sudah mula memberi bayi susu formula, kurangkan kekerapannya, dan kerapkan memberi susu badan.
    * Jika memberi bayi puting tiruan, elakkan penggunaannya sedikit demi sedikit.
    * Pastikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
    * Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
    * Yakin pada diri sendiri. Anda boleh menyusukan anak anda.
    * Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
    * Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.
    * Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.