Penyebab
Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan antaranya perkara-perkara berikut :
- Tekanan boleh mempengaruhi susu badan
* Ibu tidak membenarkan bayi menyusu sekerap mungkin dan mengikut kehendak bayi.
* Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
* Bayi tidak menghisap dengan kuat kerana mungkin diberikan puting tiruan.
* Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
* Ibu memberikan makanan lain atau susu botol terlalu awal.
* Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
* Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
* Ibu mengalami tekanan emosi, penat, tidak cukup tidur.
* Ibu mengalami penyakit thyroid, demam, kurang darah (anemia).
* Ibu mengambil pil perancang yang tidak bersesuaian.
- Penyelesaian
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
* Susukan bayi sekerap mungkin mengikut kehendak bayi.
* Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
* Pastikan bayi melekap dengan betul.
* Elakkan memberi makan bayi terlalu banyak makananpelengkap.
* Jika sudah mula memberi bayi susu formula, kurangkan kekerapannya, dan kerapkan memberi susu badan.
* Jika memberi bayi puting tiruan, elakkan penggunaannya sedikit demi sedikit.
* Pastikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
* Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Yakin pada diri sendiri. Anda boleh menyusukan anak anda.
* Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
* Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.
* Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.
0 comments:
Post a Comment