Sunday, February 21, 2010

Info: Tidak Cukup Susu Badan

Kata orang, semua orang boleh menyusu badan. Hatta anak dara yang tidak pernah mengandung pun boleh menyusukan anaknya. Jadi tidak cukup susu tu, masalah yang boleh diatasi (dalam kebanyakan kes). Yang penting anda perlu tahu penyebabnya dan bagaimana untuk mengatasinya. 

Penyebab

Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan antaranya perkara-perkara berikut :





  • Tekanan boleh mempengaruhi susu badan

    * Ibu tidak membenarkan bayi menyusu sekerap mungkin dan mengikut kehendak bayi.
    * Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
    * Bayi tidak menghisap dengan kuat kerana mungkin diberikan puting tiruan.
    * Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
    * Ibu memberikan makanan lain atau susu botol terlalu awal.
    * Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
    * Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
    * Ibu mengalami tekanan emosi, penat, tidak cukup tidur.
    * Ibu mengalami penyakit thyroid, demam, kurang darah (anemia).
    * Ibu mengambil pil perancang yang tidak bersesuaian.
  • Penyelesaian

    Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :

    * Susukan bayi sekerap mungkin mengikut kehendak bayi.
    * Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
    * Pastikan bayi melekap dengan betul.
    * Elakkan memberi makan bayi terlalu banyak makananpelengkap.
    * Jika sudah mula memberi bayi susu formula, kurangkan kekerapannya, dan kerapkan memberi susu badan.
    * Jika memberi bayi puting tiruan, elakkan penggunaannya sedikit demi sedikit.
    * Pastikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
    * Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
    * Yakin pada diri sendiri. Anda boleh menyusukan anak anda.
    * Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
    * Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.
    * Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.

Friday, February 19, 2010

19 Feb - Menangis

budak buchuk baru start nak nangis : )







Mak ngah nak tengok video Qaisara eh.. ni ayahanda dah upload kan ; )

Monday, February 15, 2010

Info: Tanggapan Negatif Tentang Penyusuan

Ramai juga ibu yang memang berniat nak menyusukan anaknya. Tetapi ramai juga ibu yang tak mahu menyusukan anaknya. Pelbagai alasan diberi. Tak tahulah sama ada ianya memang benar atau untuk menyedapkan hati sendiri.










* Menyusu membuatkan buah dada jatuh
Tanggapan buah dada jatuh kerana menyusu badan adalah kurang tepat. Buah dada biasanya membesar semasa hamil dan tanpa sokongan yang baik ditambah dengan tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut, boleh menyebabkan buah dada jatuh dan layut.
Penyelesaian : Pilih coli yang sesuai untuk hamil dan menyusu bayi. Ibu juga hendaklah mengampu sedikit buah dadanya atau bayinya supaya bayi tidak menarik buah dada ke bawah semasa menyusu.

* Sukar untuk pergi kerja dan berjauhan dengan anak
Anda boleh memerah dan menyimpan susu anda untuk kegunaan anak semasa ketika berjauhan. Anda boleh Memerah Susu Menggunakan Tangan atau pam manual atau elektrik yang kini banyak di pasaran. Susu boleh disejukkan atau dibekukan.

* Badan mudah naik kerana makan banyak. Jika tidak susu yang diperah tidak mencukupi
Anda seharusnya makan makanan yang berkhasiat bukan makan ikut sedap. Minum air secukupnya. Ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori sebanyak 200 bukan 2000. :-) Serat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan banyak membantu.

* Anak-anak lain kurang mendapat layanan, kerja rumah terbengkalai kerana bayi kecil suka ‘bergayut’
Minta pertolongan suami. Latih anak yang sudah faham arahan menolong kerja rumah seperti menggosok baju mereka sendiri jika mereka kelapangan. Uruskan masa sebaiknya.

* Bayi susu formula tidur lebih nyenyak. Bayi susu ibu mudah lapar dan perlu kerap disusukan
Ini lah bagus kerana susu ibu mudah hadam. Untuk mengelakkan bayi kerap terjaga, susukan dia sekerapnya sebelum dia tidur. Tetapi jangan sehingga over eat pula. Nanti bayi tak selesa pula.

* Saya rasa tidak selesa dan puting buah dada juga terasa sakit ketika menyusukan bayi.
Mungkinteknik penyusuan anda salah. Baca artikel Pastikan Bayi Melekap Dengan Betul dan Posisi Menyusukan Bayi. Anda juga boleh mendapatkan nasihat Pakar Laktasi berdekatan anda.

* Ibu tidak boleh memakan ubat-ubatan dan juga produk herba seperti jamu
Sesetengah ubat dan herba memang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Cuba dapatkan alternatif lain untuk ubatan ini. Rujuk Penggunaan Ubat-ubatan Semasa Penyusuan Bayi

* Bayi selalu kembung atau mendapat ruam di muka dan badan jika menyusu badan

Kemungkinan bayi alah dengan apa yang dimakan oleh anda.

* Bapa tidak rapat dengan anak kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu sahaja

Bapa boleh membuat tugasan lain berkaitan bayi seperti membantu sendawakan bayi, menukar lampinnya, bermain bersama bayi dan banyak lagi yang boleh bapa buat untuk bayi. Rujuk Suami, Sokonglah Isterimu Dalam Penyusuan Susu Ibu.

* Susu ibu tidak cukup atau tiada
Rujuk topik
  • Tidak Cukup Susu Badan
  • Adakah Bayi Saya Mendapat Susu Secukupnya
  • Petua Membanyakkan Susu Ibu
  • Makanan Menambah atau Mengurangkan Susu Ibu

* Ibu menyusu adalah kolot dan ketinggalan zaman.
Sudah ramai ibu-ibu zaman moden sekarang menyusu kerana mendapat kesedaran daripada bacaan dan pergaulan. Surirumah, pendidik, peniaga, jurutera, pekerja industri, doktor, pakar kewangan dan ramai lagi. Sedang beralih kepada yang lebih asli.

* Susu ibu kurang berkhasiat berbanding susu formula mahal yang mengandungi pelbagai khasiat tambahan.
Susu formula setakat ini tidak dapat menandingi susu ibu. Puluhan tahun saintis mencuba, masih tidak berjaya. Kalaupun akan berjaya (mungkin ketika itu kucing dah bertanduk), bonding - pelukan erat ibu ketika menyusukan anaknya tidak dapat ditandingi.

Friday, February 12, 2010

Info: Teknik Penyusuan Bayi

Pastikan Bayi Melekap Dengan Betul

Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, anda perlu tahu teknik yang betul untuk menyusukan bayi anda. Pelekapan yang salah, mungkin boleh menyebabkan puting anda tercedera dan bayi juga mungkin tidak dapat menyusu dengan berkesan.

Posisi penyusuan susu ibu:
  • Pilih kedudukan yang membuatkan anda dan bayi selesa.
  • Antara posisi penyusuan yang boleh anda cuba.

Bagi memastikan bayi selesa:
  • Bayi tenang tidak menangis
  • Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
  • Perut bayi bertemu perut ibu.
  • Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
  • Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
  • Punggung bayi diampu.






















Tanda-tanda pelekapan yang berkesan:
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh buah dada.
  • Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
  • Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
  • Tekak bayi bergerak tanda menelan.
  • Ibu mungkin mendengar bayi menelan.

Elakkan...
  • 'Mengejar' bayi dengan payudara.
  • Memegang payudara dengan jari-jari membentuk seakan gunting.
  • Tidak menyokong payudara.
  • Menolak dagu bayi ke bawah untuk menyuruhnya membuka mulut.
  • Hidung bayi tersentuh dahulu kepada payudara bukannya dagu bayi.
  • Tidak menggerakkan bayi secepatnya apabila bayi membuka mulut.
  • Menolak payudaranya ke kiri dan kanan, ke atas dan bawah.

Info: Khasiat Buah Kurma

Buah Kurma

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis² yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-
  1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
  7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Thursday, February 11, 2010

Info: Teknik Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  1. Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  2. Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  3. Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 - 4 oz sahaja setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.

Sumber: Le Leche League

Info: Makanan Menambah atau Mengurangkan Susu Ibu

Makanan Menambah atau Mengurangkan Susu Ibu

Sesetengah makanan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu, sama ada menambah atau mengurangkannya. Jadi hati-hati apabila memilih makanan anda.

Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

* Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
* Kurma – makan begitu sahaja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam susu panas.
* Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
* Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
* Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
* Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
* Klorofil
* Chlorella
* Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
* Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
* Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.

Longan kering salah satu bahan dalam air laichikang


* Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
* Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
* Habbatus sauda atau jintan hitam.
* Barli – air atau bubur barli.
* Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
* Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
* Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
* Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
* Pucuk betik atau bunga betik jantan.
* Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
* Air horlicks
* Susu dan produk tenusu
* Teh hijau jepun
* Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
* Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
* Ubat homeopati.

Makanan yang perlu dielakkan

* Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano,

Parsli boleh mengeringkan susu ibu.


Spageti bolognese? Sekali-sekala ok.

Tuesday, February 9, 2010

9 Feb - Cukur rambut

tadaaaaa.. selesai bercukur

hisap jari ayahanda sampai tertido

Cukur rambut
  • Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
  • Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
  • Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
  • Adalah dilarang membuat jambul.
  • Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”

Sunday, February 7, 2010

8 Feb - Tamat riwayat kuning


Alhamdulillah bacaan kuning anakanda dah menurun ke 164.7 dah... dan d0ktor di klinik Simpang Kuala bagitahu anakanda Qaisara tak perlu datang lagi untuk mengambil sampel darah lagi.. yahuuuuuuuuuu!! syukur ke hadrat Illahi kerana ianya dah sihat sepenunya.. AMIN.

dan d0ktor beritahu sebagai peringatan supaya kuat menyusukan bayi supaya sakit kuning tidak kembali meninggi.. apa yang penting Qaisara tak perlu ke klinik lagi.. he he he : )

Friday, February 5, 2010

5 Feb - Tokwan & Tok mai rumah Opah

Tok & Tokwan

Chakkkk!!

Hari ni tokwan dan tok mai rumah opah di lorong terang menziarahi tok fuad..

Thursday, February 4, 2010

4 Feb - bacaan kuning menurun

Katil klinik

Rekod kesihatan

Result

Alhamdulillah dah menurun bacaan kuning anakanda Qaisara.. sebelum ni bacaan Qaisara 218.0umoI/L.. bacaan yang lepas-lepas memang tinggi.. tapi untuk hari ni bacaan kuning Qaisara menurun dengan banyak sekali.. bayangkan dari 218 ke 175.5..

syukur alhamdulillah ayahanda kali nih melihat bacaan kuning anakanda menurun dengan banyak sekali.. mesti ada yang tertanya-tanya macam mana kuning Qaisara boleh menurun dengan banyak sekali.. yang ini ikhtiar lah, terpulang pada individu nak percaya ke idak..

yang pertama, jemur baby di bawah sinaran awal pagi selama 15minit hingga 20minit.. selepas tu disebelah petang mandikan baby dengan buah kranda cina.. lepas tu b0leh juga gunakan mutiara sebagai minuman utk baby yang kena sakit kuning.

Tuesday, February 2, 2010

3 Feb - Aktiviti harian Qaisara

Servis telinga dulu

Di bengkung

Jemur dibawah sinaran mentari pagi