* Menyusu membuatkan buah dada jatuh
Tanggapan buah dada jatuh kerana menyusu badan adalah kurang tepat. Buah dada biasanya membesar semasa hamil dan tanpa sokongan yang baik ditambah dengan tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut, boleh menyebabkan buah dada jatuh dan layut.
Penyelesaian : Pilih coli yang sesuai untuk hamil dan menyusu bayi. Ibu juga hendaklah mengampu sedikit buah dadanya atau bayinya supaya bayi tidak menarik buah dada ke bawah semasa menyusu.
* Sukar untuk pergi kerja dan berjauhan dengan anak
Anda boleh memerah dan menyimpan susu anda untuk kegunaan anak semasa ketika berjauhan. Anda boleh Memerah Susu Menggunakan Tangan atau pam manual atau elektrik yang kini banyak di pasaran. Susu boleh disejukkan atau dibekukan.
* Badan mudah naik kerana makan banyak. Jika tidak susu yang diperah tidak mencukupi
Anda seharusnya makan makanan yang berkhasiat bukan makan ikut sedap. Minum air secukupnya. Ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori sebanyak 200 bukan 2000. :-) Serat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan banyak membantu.
* Anak-anak lain kurang mendapat layanan, kerja rumah terbengkalai kerana bayi kecil suka ‘bergayut’
Minta pertolongan suami. Latih anak yang sudah faham arahan menolong kerja rumah seperti menggosok baju mereka sendiri jika mereka kelapangan. Uruskan masa sebaiknya.
* Bayi susu formula tidur lebih nyenyak. Bayi susu ibu mudah lapar dan perlu kerap disusukan
Ini lah bagus kerana susu ibu mudah hadam. Untuk mengelakkan bayi kerap terjaga, susukan dia sekerapnya sebelum dia tidur. Tetapi jangan sehingga over eat pula. Nanti bayi tak selesa pula.
* Saya rasa tidak selesa dan puting buah dada juga terasa sakit ketika menyusukan bayi.
Mungkinteknik penyusuan anda salah. Baca artikel Pastikan Bayi Melekap Dengan Betul dan Posisi Menyusukan Bayi. Anda juga boleh mendapatkan nasihat Pakar Laktasi berdekatan anda.
* Ibu tidak boleh memakan ubat-ubatan dan juga produk herba seperti jamu
Sesetengah ubat dan herba memang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Cuba dapatkan alternatif lain untuk ubatan ini. Rujuk Penggunaan Ubat-ubatan Semasa Penyusuan Bayi
* Bayi selalu kembung atau mendapat ruam di muka dan badan jika menyusu badan
Kemungkinan bayi alah dengan apa yang dimakan oleh anda.
* Bapa tidak rapat dengan anak kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu sahaja
Bapa boleh membuat tugasan lain berkaitan bayi seperti membantu sendawakan bayi, menukar lampinnya, bermain bersama bayi dan banyak lagi yang boleh bapa buat untuk bayi. Rujuk Suami, Sokonglah Isterimu Dalam Penyusuan Susu Ibu.
* Susu ibu tidak cukup atau tiada
Rujuk topik
- Tidak Cukup Susu Badan
- Adakah Bayi Saya Mendapat Susu Secukupnya
- Petua Membanyakkan Susu Ibu
- Makanan Menambah atau Mengurangkan Susu Ibu
* Ibu menyusu adalah kolot dan ketinggalan zaman.
Sudah ramai ibu-ibu zaman moden sekarang menyusu kerana mendapat kesedaran daripada bacaan dan pergaulan. Surirumah, pendidik, peniaga, jurutera, pekerja industri, doktor, pakar kewangan dan ramai lagi. Sedang beralih kepada yang lebih asli.
* Susu ibu kurang berkhasiat berbanding susu formula mahal yang mengandungi pelbagai khasiat tambahan.
Susu formula setakat ini tidak dapat menandingi susu ibu. Puluhan tahun saintis mencuba, masih tidak berjaya. Kalaupun akan berjaya (mungkin ketika itu kucing dah bertanduk), bonding - pelukan erat ibu ketika menyusukan anaknya tidak dapat ditandingi.
0 comments:
Post a Comment